ANTARA REALITI DAN FANTASI

“Saya merupakan seorang wanita yang berkerjaya dan saya amat mementingkan penampilan diri. Hampir setiap masa perlu menggunakan bedak dan make-up. Lama-kelamaan saya mulai sedar kulit muka saya semakin kusam dan tidak bermaya ditambah lagi garis-garis halus dan bintik-bintik hitam kelihatan semakin ketara sehinggakan saya malu berjumpa dengan orang ramai. Saya telah mencuba berbagai produk di pasaran namun tidak berhasil sehinggalah saya diperkenalkan kepada XXXX...Selepas menggunakanselama 2 minggu ianya mula menampakkan hasil yang ketara. Muka saya kembali kelihatan cerah, licin, segar dan bersih. Garis-garis halus dan bintik-bintik hitam mulai berkurangan. Sekarang saya bertambah yakin dan mampu meneruskan kerja harian tanpa berasa malu dengan penampilan saya walaupun tanpa menggunakan make-up. Saya semakin yakin dan akan terus menggunakannya. Terima kasih XXXX kerana telah mengembalikan keremajaan saya..”

Pernahkah anda terbaca atau terjumpa petikan seperti itu di mana-mana???




Hobiku ialah membaca, tak kira apa jenis bahan sekalipun. Jika tiba saat boringku datang, habis setiap helai bahan tu aku belek dan teliti. Cuti hari stady week lepas, aku menghabiskan masa di kampung, kebetulan makcikku suka mengumpul satu keluaran majalah ni sebagai koleksi peribadinya.

Baca punya baca, ku perhatikan boleh dikatakan suku daripada majalah itu memuatkan iklan mengenai produk-produk kecantikan. Bukan perkara itu yang ingin ku tekankan, sebaliknya cara promosi produk-produk tersebut. Salah satunya, seperti yang anda baca di atas. Begitu gah sekali promosi yang dilakukan, dengan janji-janji hasil yang menakjubkan, dalam tempoh yang terhad, malah disertakan sekali model pengguna yang menggunakan produk tersebut. Gambar asal dengan gambar selepas menggunakan produk, bezanya MASYAALLAH..dasyat sungguh!!..tapi, disebabkan kedasyatan itula yang membuatkan aku terfikir kebenarannya. Ada yang muka asal penuh dengan jerawat jeragat semua tapi selepas menggunakan produk itu kononnya jadi putih bersih, tiada parut langsung jadi setaraf dengan kulit para model sebenar. Malah ada yang elok sebelumnya bertudung litup, selepasnya pula terbang tudung malah siap dengan kebaya ketat lagi.

Tanpa kita sedar atau tidak, disebabkan bahan seperti inilah yang menyebabkan ramai antara kita terutamanya wanita yang terpengaruh dan terpedaya, akhirnya binasa. Hal ini kerana ada diantara produk-produk tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang dilarang dan beracun (ada yang secra berlebihan) kerana boleh memberi kesan negatif kepada kulit. Aku bukan maksudkan semua produk tapi kita sendiri boleh fikirkan, mana mungkin dalam masa dua minggu sahaja hasilnya boleh sebegitu. Mungkin penjual menggunakan teknik komputer untuk mencantikkan wajah model tersebut dan bagi model itu sendiri mungkin dibayar dengan lumayan kerana membenarkan wajah mereka dieksploitasikan..sapa yang tahu...Melihat pada tulisan testimoni itu sendiri kita boleh agak bahawa ia bukan hasil tulisan pengguna sebaliknya pihak penjual produk untuk memancing pengguna..

Oleh yang demikian, seharusnya dalam memilih sesuatu produk kecantikan itu, telitilah dahulu kandungannya dan kerana inilah kita seharusnya lengkapkan diri dengan pengetahuan am malah bukan dalam hal memilih produk kecantikan sahaja tetapi dalam semua perkara. Jadilah pengguna yang bijak..

Apa pendapat anda pula..?????

0 Comments:

Post a Comment