AKU MAKAN SEPARUH SAHAJA

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut ”Berapakah rezeki kamu dalam setahun?”. Semut menjawab, ”Sebutir biji gandum.” Maka Nabi Sulaiman a.s pun mengambil semut itu dan diletakkan di dalam sebuah botol bersama sebutir biji gandum. Nabi sulaiman a.s menutup botol tersebut dan meletakkannya di suatu tempat. Genap setahun Nabi Sulaiman membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja daripada gandum tersebut. Semut pun menjawab. ”Kerana tawakkalku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum. Aku amat yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakan aku. Tetapi sekarang tawakalku kepadamu, maka aku makan separuh sahaja. Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakanku tahun ini, aku boleh makan lagi pada tahun berikutnya.”
Petikan picisan ini aku terbaca dalam satu halaman majalah Mastika keluaran Jun 2008. Mungkin ada antara kita merasakan ini hanya cerita biasa, tetapi bagiku kisah semut ini membuatkan aku terfikir mengenai senario realiti kahidupan kita sekarang ini khususnya rakyat Malaysia. Apabila anda membaca petikan ini, apakah yang anda bayang dan fikirkan???? Cuba kita tanya pada diri sendiri apa yang kita makan hari ini? semalam?minggu ini?bulan ini dan seterusnya...Adakah ada yang merasakan bahawa dia sebenarnya telah terlebih makan..
Pernahkah ada terdengar kata-kata bahawa "Makan Untuk Hidup, Bukan Hidup Untuk Makan". Aku akui kata-kata tersebut..Makan merupakan satu keperluan untuk hidup seterusnya bagi membolehkan kita melaksanakan kewajipan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..Seterusnya sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaanNya, tetapi sekiranya keperluan ini diambil secara berlebihan malah sehingga berlakunya pembaziran, kita sebenarnya telah menyalahi nikmat tersebut. Islam menyaran supaya kita "Makan Sebelum lapar, Dan Berhenti Sebelum Kenyang". Ikutilah cara pemakanan Nabi Muhammad s.a.w kerana sesungguhnya makan itu juga merupakan sebahagian daripada ibadah seandainya mengikut cara yang telah ditetapkan Islam..
Aku bukanlah membawa ideologi supaya kita makan dengan cara Si Semut, tetapi aku ingin bawakan analogi supaya kita sama-sama berfikir dan muhasabah diri. Jangan sampai negara lain ada yang mati kerana tidak cukup makan, tetapi kita pula keran terlebih makan...jadi,RENUNG-RENUNGKANLAH bersama...

0 Comments:

Post a Comment