ANTARA REALITI DAN FANTASI

“Saya merupakan seorang wanita yang berkerjaya dan saya amat mementingkan penampilan diri. Hampir setiap masa perlu menggunakan bedak dan make-up. Lama-kelamaan saya mulai sedar kulit muka saya semakin kusam dan tidak bermaya ditambah lagi garis-garis halus dan bintik-bintik hitam kelihatan semakin ketara sehinggakan saya malu berjumpa dengan orang ramai. Saya telah mencuba berbagai produk di pasaran namun tidak berhasil sehinggalah saya diperkenalkan kepada XXXX...Selepas menggunakanselama 2 minggu ianya mula menampakkan hasil yang ketara. Muka saya kembali kelihatan cerah, licin, segar dan bersih. Garis-garis halus dan bintik-bintik hitam mulai berkurangan. Sekarang saya bertambah yakin dan mampu meneruskan kerja harian tanpa berasa malu dengan penampilan saya walaupun tanpa menggunakan make-up. Saya semakin yakin dan akan terus menggunakannya. Terima kasih XXXX kerana telah mengembalikan keremajaan saya..”

Pernahkah anda terbaca atau terjumpa petikan seperti itu di mana-mana???




Hobiku ialah membaca, tak kira apa jenis bahan sekalipun. Jika tiba saat boringku datang, habis setiap helai bahan tu aku belek dan teliti. Cuti hari stady week lepas, aku menghabiskan masa di kampung, kebetulan makcikku suka mengumpul satu keluaran majalah ni sebagai koleksi peribadinya.

Baca punya baca, ku perhatikan boleh dikatakan suku daripada majalah itu memuatkan iklan mengenai produk-produk kecantikan. Bukan perkara itu yang ingin ku tekankan, sebaliknya cara promosi produk-produk tersebut. Salah satunya, seperti yang anda baca di atas. Begitu gah sekali promosi yang dilakukan, dengan janji-janji hasil yang menakjubkan, dalam tempoh yang terhad, malah disertakan sekali model pengguna yang menggunakan produk tersebut. Gambar asal dengan gambar selepas menggunakan produk, bezanya MASYAALLAH..dasyat sungguh!!..tapi, disebabkan kedasyatan itula yang membuatkan aku terfikir kebenarannya. Ada yang muka asal penuh dengan jerawat jeragat semua tapi selepas menggunakan produk itu kononnya jadi putih bersih, tiada parut langsung jadi setaraf dengan kulit para model sebenar. Malah ada yang elok sebelumnya bertudung litup, selepasnya pula terbang tudung malah siap dengan kebaya ketat lagi.

Tanpa kita sedar atau tidak, disebabkan bahan seperti inilah yang menyebabkan ramai antara kita terutamanya wanita yang terpengaruh dan terpedaya, akhirnya binasa. Hal ini kerana ada diantara produk-produk tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang dilarang dan beracun (ada yang secra berlebihan) kerana boleh memberi kesan negatif kepada kulit. Aku bukan maksudkan semua produk tapi kita sendiri boleh fikirkan, mana mungkin dalam masa dua minggu sahaja hasilnya boleh sebegitu. Mungkin penjual menggunakan teknik komputer untuk mencantikkan wajah model tersebut dan bagi model itu sendiri mungkin dibayar dengan lumayan kerana membenarkan wajah mereka dieksploitasikan..sapa yang tahu...Melihat pada tulisan testimoni itu sendiri kita boleh agak bahawa ia bukan hasil tulisan pengguna sebaliknya pihak penjual produk untuk memancing pengguna..

Oleh yang demikian, seharusnya dalam memilih sesuatu produk kecantikan itu, telitilah dahulu kandungannya dan kerana inilah kita seharusnya lengkapkan diri dengan pengetahuan am malah bukan dalam hal memilih produk kecantikan sahaja tetapi dalam semua perkara. Jadilah pengguna yang bijak..

Apa pendapat anda pula..?????

AKU MAKAN SEPARUH SAHAJA

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut ”Berapakah rezeki kamu dalam setahun?”. Semut menjawab, ”Sebutir biji gandum.” Maka Nabi Sulaiman a.s pun mengambil semut itu dan diletakkan di dalam sebuah botol bersama sebutir biji gandum. Nabi sulaiman a.s menutup botol tersebut dan meletakkannya di suatu tempat. Genap setahun Nabi Sulaiman membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja daripada gandum tersebut. Semut pun menjawab. ”Kerana tawakkalku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum. Aku amat yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakan aku. Tetapi sekarang tawakalku kepadamu, maka aku makan separuh sahaja. Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakanku tahun ini, aku boleh makan lagi pada tahun berikutnya.”
Petikan picisan ini aku terbaca dalam satu halaman majalah Mastika keluaran Jun 2008. Mungkin ada antara kita merasakan ini hanya cerita biasa, tetapi bagiku kisah semut ini membuatkan aku terfikir mengenai senario realiti kahidupan kita sekarang ini khususnya rakyat Malaysia. Apabila anda membaca petikan ini, apakah yang anda bayang dan fikirkan???? Cuba kita tanya pada diri sendiri apa yang kita makan hari ini? semalam?minggu ini?bulan ini dan seterusnya...Adakah ada yang merasakan bahawa dia sebenarnya telah terlebih makan..
Pernahkah ada terdengar kata-kata bahawa "Makan Untuk Hidup, Bukan Hidup Untuk Makan". Aku akui kata-kata tersebut..Makan merupakan satu keperluan untuk hidup seterusnya bagi membolehkan kita melaksanakan kewajipan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..Seterusnya sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaanNya, tetapi sekiranya keperluan ini diambil secara berlebihan malah sehingga berlakunya pembaziran, kita sebenarnya telah menyalahi nikmat tersebut. Islam menyaran supaya kita "Makan Sebelum lapar, Dan Berhenti Sebelum Kenyang". Ikutilah cara pemakanan Nabi Muhammad s.a.w kerana sesungguhnya makan itu juga merupakan sebahagian daripada ibadah seandainya mengikut cara yang telah ditetapkan Islam..
Aku bukanlah membawa ideologi supaya kita makan dengan cara Si Semut, tetapi aku ingin bawakan analogi supaya kita sama-sama berfikir dan muhasabah diri. Jangan sampai negara lain ada yang mati kerana tidak cukup makan, tetapi kita pula keran terlebih makan...jadi,RENUNG-RENUNGKANLAH bersama...

ANTARA SYUKUR DAN REDA

Rasullullah bersabda yang bermaksud : " sesiapa yang tidak reda dengan qada-Ku dan tidak sabar terhadap bencana yang aku timpakan ke atasnya, maka lebih baik dia mencari Tuhan selain aku" (Riwayat at-Tabrani)

Rasulullah bersadda yang bermaksud: "Sungguh menghairankan kerja orang mukmin (kerana) semua urusannya adalah kebaikan (baginya), dan hal itu tidak berlaku kecuali pada orang mukmin sahaja. Sekiranya dia beroleh kesenangan, maka dia bersyukur. Dan sekiranya dia ditimpa kepayahan, dia bersabar (reda), maka itu juga satu kebaikan baginya". (Riwayat Muslim)

Lihat seorang petani yang saban hari membanting tulang di sawah, yang hidipnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun dia masih tersenyum, masih boleh ketawa riang walaupun tubuhnya disimbah peluh. Jawapannya kerana dia pandai bersyukur dengan rezekinya walaupun sedikit, dan dia reda dengan apa yang allah tetapkan padanya.

Si kaya jutawan sekalipun belum tentu boleh tersenyum dengan apa yang dimilikinya jika dia tidak pandai bersyukur dan redha terhadap apa juga yang dilaluinya, samada baik atau buruk
.

Namun percayalah, dalam perjuangan hidup ini kita masih boleh tersenyum puas dan bahagia di sebalik kekurangan yang kita miliki..Caranya adalah dengan bersyukur..

BISIKKAN KE HATI: "ALHAMDULILLAH, DI SEBALIK KEKURANGAN INI AKU MASIH BOLEH MENJALANI KEHIDUPAN CERIA, PENUH PENGHARAPAN DAN BERJIWA LAPANG. SEMUANYA KERANA AKU BERSYUKUR DENGAN APA YANG AKU PEROLEH DAN AKU REDA DENGAN APA YANG AKU GAGAL DAPAT.."