DOSA MELETERI SUAMI


Semalam aku ada terbaca emel dari kawan aku dan cerita dia agak panjang, namun apa yang penting pengajaran yang dapat diambil dari emel tersebut membuatkan aku tergerak hati untuk berkongsi dengan pembaca sekalian. Hal ini kerana, dewasa ini pelbagai masalah timbul di kalangan suami isteri sehingga membawa kepada penceraian. Kadang2 masalah yang timbul hanyalah kecil sahaja, namun tanpa berfikir secara matang dan rasional, hanya ikut hati dan perasaan, mahligai yang di bina berpuluh tahun pun akan runtuh sekilip mata sahaja. Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkannya...Selamat membaca.....
HeartGrin
_______________________________________________________


"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah.
Baca surat khabar, menghadap televisyen (TV), itu jelah yang awak tahu.
Kitakan sama2 bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga".
Sekurang-kurangnya, buatlah air kopi sendiri. Bukannya susah
pun, tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi.
Abang juga yang nak makan nanti, pot, pet, pot, pet...,'' leter Intan
kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing2.


Kalaulah Intan tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami
sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih2
lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana
berbakti kepada suaminya, dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri & ibu.
Dewasa ini, boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata
lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah
bagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka
seperti adik lelaki sahaja lagaknya.


Apa yang lebih mendukacitakan apabila ada di kalangan isteri yang
menyifatkan, menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami
sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi contoh yang tidak
baik kepada anak2, yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif dalam masyarakat.
Banyak nas al-Quran selain hadis Nabi yang membincangkan tentang
kewajipan isteri mentaati suami, selagimana ia tidak diminta melakukan perbuatan
maksiat atau melanggar batas syarak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga bertepatan kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj
kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka & penghuninya yang
kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah nabi beserta Fatimah,
aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya
Rasulullah, apa yang membuat engkau menangis?'' Baginda menjawab, "Ya Ali,
pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada
umatku diseksa di neraka dgn bermacam2 seksaan. Lalu aku menangis kerana
begitu berat seksaan mereka yang aku lihat.''


Baginda antara lain juga melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,
sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah
menyakiti dan menyumpah2 suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar
malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti
barang kemas, perabot rumah berupa set sofa & TV rata 29 inci yang menjadi
trend masa kini.


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding2kan suami dgn jiran
tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan
sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu
daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda
sehingga membebankan.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan
Allah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak
memandang kepada seorg isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.'' Hal
ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula
tergolong dalam orang2 berada, yang suka mengungkit2 mengenai hartanya,
apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Islam juga mengajar
isteri agar melakukan kerja2 rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh
anak2, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela & tabah
hati. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang
bekerja, namun, percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa
tetapi juga ringan & lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah & juga
satu jihad.


Marilah kita sama2 merenung kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w.
iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorg suri
rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah
meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. & meminta jasa baik
baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah. Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya
kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita2 itu tidak menjadi milik
baginda, tetapi milik negara Islam & kaum Muslimin seluruhnya. Baginda
tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan
Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang
dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah
seorang isteri yang tertekan akibat tugas2 yang perlu dibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah & menyatakan
kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah & Ali) suka kepada satu pemberian
yang akan kuberikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu
minta siang hari tadi?''


Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak
mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa
hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah & Allahu Akbar, masing2
sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang
diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak & menantunya. Hasilnya,
Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa
jua kerja2 sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sbg seorg suri rumah
merupakan satu amalan yang solehah. Dgn taufik Allah, sesungguhnya, walau
seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan
selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah2 sama taraf dgn suami, walau
setinggi mana sekalipun darjatnya.


Kepada para suami, kita sama2 maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar
ini terutamanya di bandar2 besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup
yang tinggi sekali gus memerlukan kedua2 suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara
keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, jadi sudi apalah
kiranya sang suami bersama2 meringankan si isteri seadanya. Bukankah
Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada
isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, jgnlah pula menyusahkan
mereka.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya: "Orang2 (lelaki) yang terbaik
daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya
& saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku.'


BISIKKAN DI HATI: YA ALLAH..AKU TELAH BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK. AKU BERDOA MUDAH-MUDAHAN ALLAH KURNIAKAN PETUNJUK AGAR AKU TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN ITU..RENUNG-RENUNGKAN.................